Kolej Vokasional Kuala Selangor

Nama & Alamat :
Kolej Vokasional Kuala Selangor,
45600 Bestari Jaya,
Selangor.
Tel : 03-32718370 | Fax : 03-32718371

Logo :

Lagu :
Mencipta sinar harapan
Menuju alaf kemahiran
Meniti segala cabaran
Melahir insan keterampilan

Suasana yang kondusif
Membawa misi proaktif
Menjayakan inovasi
Gemilang cemerlang namamu

Kami bersinar
Dengan kemahiran
Berusaha untuk kejayaan

Kolej Vokasional Kuala Selangor
Menyerlah dengan kemahiran

Pelan :

Visi :
Menjana generasi unggul berkemahiran tinggi.

Misi :

  1. Menghasilkan modal insan yang kompeten, beretika dan berdaya saing.
  2. Membangunkan potensi individu melalui transformasi pendidikan secara komprehensif.
Moto :
" Shine with Skills "

Piagam Pelanggan :

  1. Menyediakan sistem latihan dan kemahiran berkualiti.
  2. Memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra.
  3. Menyediakan prasarana pembelajaran dan latihan terkini.
  4. Melaksanakan arahan KPM secara berterusan.
  5. Menjalin hubungan korporat dengan agensi swasta dan industri berkaitan.

Objektif :

  1. Menyediakan pendidikan latihan vokasional kepada semua pelajar bagi memenuhi pasaran global.
  2. Menyediakan prasarana, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang berkualiti untuk membolehkan pelajar menimba ilmu secara sempurna, sistematik dan terkini.
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang unggul dan berhemah tinggi.
  4. Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan berkompetensi pekerjaan aras tinggi yang menepati kehendak industri.
  5. Melaksanakan satu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan untuk kecemerlangan seluruh warga kolej.
  6. Menyediakan peluang, galakan dan bimbingan kepada pelajar untuk memperoleh pelbagai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran melalui aktiviti-aktiviti kolej.

Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (SMTKS) telah mula beroperasi pada 8 Mac 1999 dengan pengambilan pelajar sulung seramai 241 orang. Sekolah Menengah Teknik Ke-78 ini terletak di atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Mukim Batang Berjuntai, dalam daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Projek yang dikawal selia oleh pihak JKR Daerah Kuala Selangor telah mula dibina pada 16 Julai 1997 dan siap pembinaannya pada 30 April 1999.

Terletak berhampiran lebuhraya Utara-Selatan , SMTKS dijangka menjadi nukleus kepada beberapa pusat pembangunan idustri di Lembah Klang ,Lembah Ulu Bernam dan Sabak Bernam. SMTKS juga bakal menjadi 'feeder' dan pemangkin kepada institusi pengajian tinggi swasta seperti UNISEL dan aktiviti yang pesat dibangunkan di Kuala Selangor.

Pada peringkat awal SMTKS telah diterajui oleh En. Dzulkifli Bin Ismail sebagai pengetua yang pertama dengan dibantu oleh 47 guru dan 13 orang kakitangan sokongan. Sehingga kini seramai 6 orang pengetua silih berganti menerajui SMTKS. Diantaranya Pn. Naimah Binti Khalil, Hajjah Puteh Binti Haron, Haji Azmi Bin Omar, dan Haji Jamaludin Bin Ahmad. Bermula tahun 2010 En. Hamid Bin Suhani telah dipilih untuk menerajui SMTKS sebagai pengetua yang ke-6.

Infrastruktur :

Takwim KVKS

Aktiviti Minggu Ini

Proses pembelajaran seperti biasa mengikut jadual.

Program Minggu Ini

- Tiada -

Pautan Pantas

Panel content

Pautan Lain

Panel content